Monday, June 2, 2014

MELAYU


Dr Usman Awang:

....... Melayu itu maknanya bijaksana
Jika menipu pun bersopan
kurang ajar pun tetap santun
Dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
lembutnya cukup jantan .....

Pa, ditujukan khas utk kesayangan ...

MENCARI BAHAGIA YANG HAKIKI

27/05/2014

Bahagia ada disekeliling kita. Kenapa dicemburui kebahagian orang lain. Dalam menghadapi hari-hari mendatang semangat semakin pulih. Kemahuan dan kehendak semakin mengecil skopnya. Mungkin saya semakin sedar dengan keperluan mendatang. Lebih memikirkan dan mengutamakan yang lebih utama.

Saya merasakan semakin tenang walaupun gelora kadangkala melanda jua. Terima kasih K kerana mengetuk kepala yang suka memikirkan yang bukan-bukan dan memikirkan apa yang tak perlu difikirkan. Betul, keputusan telah diambil dan tindakan telah dibuat. Tidak boleh berpatah balik.

Bukan mudah memaafkan. Bukan mudah melupakan. Bisanya terlalu dalam. Lebih bisa dari putus cinta barangkali. Mungkin sebab saya belum pernah mengalami perasaan putus cinta. Namun diperdaya dan dikhianati sangat pedih rupanya.


Terima kasih Ya Allah kerana atas ehsanMu
memudahkan dugaan dalam perjalanan ku 
ini dan aku sangat bersyukur kerana masih 
dilandasanMu. Dan Ya Allah, Ya Rabbi 
kekalkan aku dijalanMu...  Amin..

Monday, February 10, 2014

SEHARI SATU CATATAN - DENGKI



10/02/2014

Perasaan sakit hati, gundah gulana, kecewa, memang menyesakkan dada. Apabila mendapat tahu betapa mudahnya diperbodohkan, kepada siapa lagi nak mengadu selain dari Allah SWT.

Rupanya, dalam dunia ni, tidak ada sesiapa pun yang boleh dipercayai secara total waima keluarga sendiri, kawan rapat, rakan seperjuangan, rakan sekerja. Apatah lagi rakan FB (ahaks!).

Malanglah saya apabila menjadi begitu dangkal, naïf terhadap apa yang berlaku kerana selama ini menyangka ianya berpunca dari status quo, kebendaan, kemewahan yang menyebabkan manusia berubah secara drastic sehingga hilangnya sifat setiakawan. Ianya sebenarnya lebih buruk dari itu.

DENGKI. Satu perkataan yang sangat mudah. Dengki, irihati, cemburu rupa-rupanya . itu saja kesimpulannya....... dimana turning pointnya sungguh mengelirukan.

Sekiranya manusia ni berubah tanpa sebab adalah satu perkara yang mustahil dan apabila menjadi mustahil, sebabnya adalah dengki semata-mata. Klau bukan dengki apa lagi? Jika dah ada segala-galanya, apa yang nak direbutkan.... dan bukan nak sangat pun.... bukan ke itu menjadi perkara yang akhirnya menjadi sesuatu yang melucukan ...

Tak apa, Allah Maha Mengetahui. Bumi ini bulat. Ada masa kita di atas pasti ada masa kita di bawah pula. Sekiranya memang itu hak saya, ia akan kembali kepada saya dan telah menjadi ketentuan Allah. Perlu ingat, balasan Allah itu maha hebat.


Wednesday, February 5, 2014

DOA PENENANG HATI

Ya Allah… 
gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan ini dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan ini dgn keamanan


Ya Allah, 

sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..


Ya Allah..
buatlah mata yg tidak mahu lelap 
dengan merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya dgn kejayan yg sudah hampir


Ya Allah… 

halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU kpd hidayah MU


Ya Allah… 

lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU dlm keadaan terhina…

 
Ya Allah,

lenyapkanlah dukacita ku, 
hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. 
dan halaulah keresahan dari jiwaku…
 
Ya Rabb…Ya Tuhanku… 
Daku berlindung kpd-MU dari rasa takut, 
Aku bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Aku tidak meminta pertolongan melainkan kpd-MU


Engkaulah Pemelihara ku….
sebaik2 Pelindung dan Penolong…

Amiin YA ALLAH..

Makbulkan lah

Thursday, January 16, 2014

Habbatus Sauda

HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):

 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat.  Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur.  Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis.  Jinten hitam memang berkkhasiat mengobati segala jenis penyakit dingin, bisa juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas  karena faktor temporal’ (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 365)


Kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
1# Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2# Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3# Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isteri. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4# Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5# Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6# Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Saturday, September 14, 2013

COOKING....

 SEMANGAT BARU ...
MINAT TERKINI...
CREPE DURIAN...

Tuesday, February 5, 2013


I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been"

- YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.