Monday, October 17, 2016

TERAKHIR – SUFIAN SUHAIMI




Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku, berat bagiku

  Apakah salahku Kau buatku begini
Selalu sendiri Tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkan mu

Apakah salahku Kau buatku begini
Selalu sendiri Tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkan mu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh Tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku Insan kerdil ini

Oh Tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkan mu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh Tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku Insan kerdil ini

Oh Tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku, Buat dirinya


Monday, October 10, 2016

ADUHAI! SERIBU KALI SAYANG

Berdosakah diri ku Terpaksa melepaskan
 Cintamu yg serapuh Dahan yang kering usang
Yang akhir nya kan patah Terhempas gemeretap 
Oh sungguh memilukan Tak dapat ku bayangkan
  
Seribu kali sayang sangka ku kan ke mati
Cerita kasih kita rupanya seketika
Setelah merelakan Setelah kau bisikkan
 Segugus janji janji Tergamak kau mungkiri
 
Apakah sebenar yang terjadi
 Hingga kau bersikap demikian 
Sedangkan kau sesungguhnya percaya
 Kasih ku tak berbelah bagi
 
Aduhai tak sanggup ku kenangkan 
Semua telah nyata Cintamu gurauan
Datang dan hilang Semahu hati mu 
Itulah falsafah pegangan cinta mu
Namun harus kau ingat Hati yang manakah 
 Selama nya kan sabar 

Wednesday, October 5, 2016

Fadhilat Dan Khasiat Surah Ali Imran



Di antara khasiat surah Ali Imran ini dalam kehidupan adalah seperti berikut:

  1. Baca ayat 1-2 berulang-ulang kali, Insya’Allah ia amat berkesan bagi jiwa orang yang sedang ditimpa musibah, kesusahan, kesempitan hidup kerana di dalamnya terkandung nama Allah Yang Agung.
  1. Dibacakan ayat 1-2 ini seberapa banyak kepada orang yang sedang sakit, Insya’Allah akan diampunkan dosanya.
  1. Sesiapa membaca ayat 1-3 dari surah Ali Imran ini, Insya’Allah dia akan terhindar daripada segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
  1. Ayat 1-4 jika dibaca setiap kali selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat jadi pendinding, kebahagiaan dan menunaikan segala hajat
  1. Ayat 8 jika diamalkan secara istiqamah selepas selesai solat fardhu, Insya’Allah akan menjadi orang yang jujur, taat ibadah, mendapat rahmat dari Allah سبحانه وتعالى dan pembacanya akan mati dalam beriman (Husnul Khatimah).
  1. Baca ayat 9 selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat mengembalikan barang yang hilang.
  1. Jika diamalkan membaca ayat 7-9, Insya’Allah dapat menjadikan diri cerdik yang luar biasa.
  1. Dalam kehidupan seharian, kita banyak melakukan kesalahan dosa, terutama dosa-dosa kecil. Baca ayat 16 surah Al Imran untuk memohon keampunan dari Allah سبحانه وتعالى.
  1. Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari. Insya’Allah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-hutangnya.
  1. Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan menunaikan segala hajat.
Nabi Muhammad ï·º bersabda kepada Saidina Muaz, “Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”
  1. Membaca surah Al Imran Ayat 31 iaitu ‘Ayatul Mahabbah’ jika diamalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya.
  1. Ayat 35 adalah sebagai wasilah untuk merawat sakit perut dan untuk berjaga-jaga agar tidak diserang sakit perut. Caranya baca ayat ke-35 selepas solat Subuh dan Maghrib sebanyak 3 kali. Insya’Allah dengan cara pengamalan ini kita akan selamat dari sakit perut. Bagi merawat orang yang sakit perut pula, tulis ayat ke-35 di pinggan putih lalu larutkan dengan air dan diberi minum kepada pesakit. Insya’Allah dengan berkat air tersebut, orang tersebut akan segera sembuh dari sakit perutnya.
  1. Ayat 35-37 surah Ali Imran jika diamalkan atau dibaca setiap kali selepas solat fardhu, Insya’Allah dapat menjadi sebagai perlindungan kepada perempuan hamil atau sebagai pelaris.
  1. Jika mempunyai masalah perniagaan yang masih ‘tidak menjadi’, amalkanlah membaca ayat Surah Ali Imran Ayat 37 sebagai doa pelaris. Diamalkan ketika mengerjakan sesuatu dan dibacalah juga setiap kali selepas solat fardhu.
  1. Bacalah ayat 38 berulang-ulang kali khusus selepas solat dan ketika isteri sedang hamil, Insya’Allah akan dikurniakan seorang anak yang soleh.
  1. Ayat 53 adalah doa agar tergolong orang beriman. Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad ﷺ pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah سبحانه وتعالى akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).
  1. Ayat 73-74 boleh dijadikan pelaris dan memudahkan peminangan. Bacalah sebagai wirid ketika mengerjakan peniagaan atau urusan tersebut.
  1. Bacakan Ayat 83 untuk melembutkan hati. Baca 3x dan tiupkan kepada binatang buas, liar, orang zalim atau tiupkan dalam air untuk di minum.
  1. Sesiapa ingin disayangi, maka ada baiknya amalkan membaca ayat 103-104 dari surah Ali Imran setiap kali selepas solat sebanyak tujuh kali. Insya’Allah akan jadikan seseorang itu pengasih dan lembut hati.
  1. Ayat 111-112 boleh dijadikan sebagai pendinding ketika menghadapi musuh. Bacalah sebanyak 3 kali sewaktu berhadapan dengan mereka.
  1. Jika diamalkan membaca ayat 134-136, Insya’Allah dapat menjadi pelindung daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
  1. Bagi menghentikan darah, bacalah doa dan ayat 144 sebanyak 3 / 7 kali sewaktu merawat kecerderaan mangsa. Insya’Allah akan segera berhenti.
  1. Ayat 146-148 dapat menghilangkan rasa kekesalan dan kesedihan ketika menghadapi musibah jika sentiasa diamalkan membacanya.
  1. Ayat 169-171 sekiranya diamalkan secara istiqamah selepas solat fardhu, Insya’Allah akan mendapat taufiq dan menjadi penerang hati.
  1. Ayat 173 adalah doa apabila menghadapi tekanan / stress. Baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir. Insya’Allah hati akan menjadi tenteram.
  1. Jika dibaca “Hasbunallaah Wa ni’mal Wakiil” (ayat ke-173) sebanyak 450 setiap malam, Insya’Allah akan dicukupi semua keperluannya. Caranya dengan istiqamah mengamalkannya, kalau lupa hendaklah diqadhai.
  1. Jika ingin supaya isteri mudah bersalin, bacalah ayat 191 sebanyak 3 kali pada pusat isteri sambil diusap-usap dengan tangan kanan ketika hendak tidur. Lakukan amalan ini sehingga ia bersalin, Insya’Allah memudahkannya melahirkan bayi.
  1. Ayat 190-194 jika dibaca sewaktu berdoa solat malam (Qiamullail), Insya’Allah dapat meneguhkan Iman dan pendirian kita.
  1. Ketika waktu mustajab doa iaitu selepas solat Tahajjud, bacalah ayat doa 190-194 yang sering diamalkan oleh Rasulullah ï·º. Selepas membaca ayat ini, mohonlah kepada Allah سبحانه وتعالى apa yang diinginkan, baik untuk keperluan dunia mahupun akhirat, Insya’Allah akan dikabulkanNYA.
  1. Ayat 190 – 194 dan Ayat 199 dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah rumahtangga sebagai kesejahteraan rumahtangga.
  1. Ayat 193 & 194 surah Ali Imran adalah doa mohon keampunan dan dijauhkan dari segala kejahatan.
  1. Sekiranya ada daripada keluarga antum yang tidak betah di rumah, maka ada baiknya ditulis ayat ke-200 dari surah Ali Imran pada makanan seperti roti yang hendak dimakan atau disajikan, kemudian berikan makanan tersebut kepada ahli keluarga yang suka keluar dari rumah tanpa izin. Insya’Allah ahli keluarga yang suka keluar rumah akan jadi tunduk patuh, menjadi baik dan tidak lagi keluar tanpa izin.
  1. Sekiranya Ayat 200 surah Ali Imran dibacakan pada makanan yang hendak dimasak atau dihidangkan, Insya’Allah dapat menjinakkan isteri atau suami derhaka, anak degil dan haiwan liar.
  1. Ayat 200 ini merupakan doa untuk jadi orang yang penyabar. Selepas habis ayat, sebut “Allah Ya- Sabur, Ya-Sabur” berulang kali.
  1. Ayat 200 surah Ali Imran ini juga diamalkan secara istiqamah selepas solat, dapat mengurangkan panas baran suami dan mengwujudkan kasih sayang berumah tangga.
  1. Jika diamalkan membaca ayat 200 surah Ali Imran sebanyak 3 kali selepas solat fardhu, Insya’Allah elok untuk ketenteraman ahli keluarga dan penghuni rumah.
  1. Baca Ayat 200 surah Ali Imran dan Ayat 19 dari surah As-Shura lalu dikucup atau ditiup pada ubun-ubun anak. Insya’Allah dapat menjadikan anak antum insan yang berbakti dan pintar. Boleh juga ditiup pada air dan masakan dengan menyebutkan nama anak satu persatu sambil diucapkan harapan pada anak, semoga dapat mudah mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.

.
Bercakap mengenai khasiat surah Ali Imran, maka kita akan mendapati surah ini mempunyai beribu-ribu khasiat yang tidak akan habis untuk diungkapkan rahsia khasiatnya. Demikianlah kalamullah yang agung ini, merupakan perbendaharaan tersembunyi yang menakjubkan bagi mereka yang mempunyai keimanan kepada Allah سبحانه وتعالى.


Surah Ali-Imran ayat 200


Thursday, September 4, 2014

USUL PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TEMERLOH 2014 (AGAMA DAN SOSIAL)

TAJUK USUL     :
HALAL & HARAM BAGI SEGALA ASPEK  KEHIDUPAN MUSLIM 
DI MALAYSIA

PEMBAWA USUL :
PUAN SALMIAH BINTI SHAMSUDIN
KETUA PENERANGAN WANITA UMNO BAHAGIAN TEMERLOH

PENYOKONG USUL       :
PUAN JAMILAH BINTI TALIB
KETUA WANITA UMNO CAWANGAN  BELENGU


Assalamualaikum Warahmatullah
Hi Wabarakatuh

1)          Yg Berusaha Pengerusi Tetap,
Pn Hjh Kamariah Petah

2)          Yg Berusaha Timbalan Pengerusi Tetap,
Pn Rahmah Abdullah

3)          Yg dikasihi mentor sy Ybhg Puan Juhanis bt Abd Aziz
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Temerloh
Serta barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa wanita bhgn tloh

4)          Wakil Perhubungan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Pahang
Yg Berbahagia Dato Siti Hajar bt Mubin
Ketua Wanita UMNO Bhgn Jtut dan rombongan

5)          Wakil UMNO Bahagian Temerloh

6)          Ketua2 Wanita Cawangan dan para Sidang Perwakilan dan pemerhati yg dikasihi dan dirahmati Allah sekelian

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat kita sekali lagi berhimpun di dewan yang penuh barakah ini sempena Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Temerloh bil 11/2014.

Saya SALMIAH SHAMSUDIN, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Temerloh, mewakili Pergerakan Wanita UMNO Bahagian tampil untuk membawa usul Agama dan Sosial yang membawa tajuk –

 HALAL & HARAM BAGI SEGALA ASPEK  KEHIDUPAN MUSLIM  DI  MALAYSIA

Sidang Perwakilan yang saya kasihi,

Menyedari :
Makan makanan haram mendatangkan kemudaratan dan tidak mendapat keredaan Allah SWT, dan memakan makanan yang haram, hidayah Allah SWT sukar diterima.

Mengetahui : Isu halal haram ini tidak terbatas kepada aspek pemakanan sahaja malah ianya sangat luas sehingga  merangkumi produk bukan makanan serta perkhidmatan seperti produk kesihatan, perubatan, kosmetik, dandanan diri, kewangan, perbankan, insuran, pelaburan , pembungkusan  serta pelancongan.

Memahami : Dengan pengambilan perkara-perkara yang haram dan syubhah ini, ianya akan memberi kesan yang cukup negatif kepada sahsiah muslim terutama kepada anak-anak  kita seperti :-

1.     Hilang rasa sensitif kepada perkara  yang baik dan asyik memberontak

2.     Bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri

3.     Hati menjadi gelap dan susah untuk menerima kebenaran

4. Kepintaran dan kelebihan yang dianugerahkan digunakan untuk melakukan kejahatan

5.     Doa tidak diterima Allah SWT

6.     Masyarakat akan menjadi hura hara dan porak peranda

7.     Selalu bekeinginan melakukan maksiat dan kejahatan.

Menginsafi  : Memakan Makanan halal memudahkan menerima dan menghafaz pelajaran, doa dimakbulkan Allah SWT, khusyuk dalam beribadah, sihat tubuh badan dan akal, mendapat rahmat dan keredhaan Allah serta memperoleh hidayah dariNya.

Maka : Mesyuarat Pewakilan Wanita UMNO Bahagian Temerloh yang bersidang pada hari ini 23 Ogos 2014 ini

1.     Mendesak kerajaan Malaysia supaya menyelaras semula semua agensi-agensi yang terlibat seperti KPDNKK, JAKIM, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kimia dan Jabatan Agama Islam Negeri di dalam menangani permasalahan halal  haram dengan cepat dan sistematik.

2.     Mendesak kerajaan supaya merangka satu dasar dan mencari satu mekanisme yang bersifat komprehensif dalam memastikan pematuhan syariah di setiap sektor.

3.     Mendesak kerajaan menubuhkan jawatankuasa panel patuh syariah bagi produk-produk kesihatan dan kosmetik untuk memastikan segala ramuan dan cara penyediaannya halal dan tidak memudaratkan pengguna dan tidak hanya bergantung kepada JAKIM semata-mata.

4. Menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap setiap bank  yang memperkenalkan produk Islamik tetapi tidak mendapat kelulusan daripada jawatankuasa patuh syariah.

5.     Mengesa penambahbaikan kepada undang-undang yang mengawal logo dan sijil halal yang sedia ada bagi memperkemaskan penguatkuasaan penggunaan logo dan sijil halal  bagi setiap jenis produk dipasaran.

6.     Menyarankan supaya kuasa secara terus diberi kepada pihak agensi kerajaan pusat seperti JAKIM yang merupakan badan yang mengendalikan persoalan persijilan halal yang mana setakat ini penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan  di kendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK).

7. Mencadangkan digubal satu akta yang spesifik iaitu Akta Halal  dan penguatkuasaan pensijilan halal yang selama ini terletak di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Sejak tahun 2010 diusahakan tetapi masih belum dilaksanakan lagi.

8.  Mencadangkan agar orang Islam hanya membeli barangan keluaran muslim sahaja sebagai tanda sokongan muslim ke atas muslim yang lain sebagaimana pihak Zionis menentang habis-habisan barangan keluaran muslim. Maka pada hari ini, saya menyeru semua agar umat Islam berubah sikap dan menyedari betapa pentingnya status halal haram serta kekuatan dan kekukuhan ekonomi Islam.

9. Mencadangkan supaya setiap syarikat pemegang sijil halal hendaklah bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa dalaman sendiri yang terdiri daripada Eksekutif Syariah untuk memastikan produk mereka sentiasa halal dan tidak hanya bergantung kepada JAKIM semata-mata. JAKIM hendaklah bertindak tegas mana-mana syarikat yang menipu, menciplak logo HALAL untuk tujuan mengelirukan umat Islam, bersekongkol dengan zionis serta mengaut keuntungan semata-mata.

10. Menperhebatkan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu mana-mana peniaga yang menjual makanan dan produk yang telah disahkan haram oleh JAKIM akan didenda maksimun RM1 juta ringgit.

Sidang Perwakilan yang saya kasihi dan di rahmati Allah,

Di dalam hal ini, apabila kita bercakap mengenai makan halal haram, sudah semestinya wanitalah yang memainkan peranan yang penting di dalam menentukan produk-produk yang syubhah dan haram ini tidak masuk ke dalam tubuh badan ahli keluarga kita terutamanya anak-anak yang akan membentuk generasi pelapis akan datang.

Kita digegarkan dengan isu 

1-pertembungan diantara KKM dengan JAKIM, Starbuck, yang telah lama diperkatakan kopinya, 

2-kandungan gelatine babi di dalam coklat Cadbury, 

3-Penyembelihan ayam, yang diragui penyembelihannya e.g. yang leher ayam ditebuk yg mana ayam2 ini dijual dengan jumlah yang besar dipasaraya utama antaranya di Giant, 

4-Produk dalam tin yang diragui logo halalnya terutama dari China dan Thailand seperti cendawan butang, buah laici, asparagus, 

5-Kilang memproses makanan yang terdapat di Malaysia seperti kilang memproses mee hoon (cap masjid sbg contoh), tauhu, kicap dan juga mee kuning dan

-         6-Kandungan merkuri, uri dalam alat make-up kosmetik wanita.

Kekusutan halal haram status makanan ini perlulah ditangani dengan kadar segera dan dengan menggunakan satu kaedah yang memudahkan semua pengguna mendapat informasi segera akan status tersebut.

Dalam pada itu sy juga ingin menyeru agar kita Memboikot barangan keluaran Zionis, barangan dari Isreal iaitu Tesco, Starbuck, McDonald, Coca-cola, Hewlett Packard, Motorola, Danone, Nestle dan beralih kepada produk serta membeli barangan muslim dan bumiputra untuk membantu menjana ekonomi seperti bertukar minyak masak daripada knife, buruh, naturel, daisy, seri murni, Neptune, vesoy, vesawit, vecorn kepada Minyak masak baiduri, alif, tiara, saji dan adela.

Beralih kepada Altel Comm  Penyedia rangkaian telekomunikasi terbaharu 4G, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel)

SEDIKIT MAKLUMAT tentang Altel :

1.Altel milik melayu milik Syed Mokhtar Bukhary

2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampong

3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz

Sekiranya bukan kita yang berpadu tenaga, bersatu padu, bermuafakat, maka kesukaran untuk menembusi serta bersaing dengan pasaran bukan Islam bukan lagi menjadi halangan.


Sebagai PENUTUP, Saya akhiri ucapan saya dengan Gurindam Pesan-Berpesan:

Kepada Allah 
sentiasa bermunajat,
agar urusan mendapat berkat.

Kepada Rasulullah 
perbanyakkan selawat,
agar mendapat syafaat di akhirat.

Kepada pemimpin 
setia dan taat,
agar parti kukuh dan kuat.

Kepada cendekiawan 
kasih dan hormat,
agar ilmu mendatangkan manfaat.

Kepada jelata 
pemimpin berkhidmat,
agar amanah memenuhi mandat.

Kepada perwakilan 
marilah kita beringat,
agar sentiasa menjadi obor rakyat.

Sekian. 


Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Wanita UMNO mohon mencadang.


Wednesday, July 16, 2014

Surah Wad Dhuha

✐ Demi waktu dhuha, 
✐ Dan malam apabila ia sunyi-sepi - 
✐ (Bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik). 
✐ Dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 
✐ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati. 
✐ Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? ✐ Dan didapatinya Engkau mencari-cari (jalan Yang benar), lalu ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? 
✐ Dan didapatinya Engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan?
✐ Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah Engkau berlaku kasar terhadapnya,
✐ Adapun orang Yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah Engkau tengking herdik;
✐ Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Friday, July 11, 2014

PANTUN 43


ARAK-ARAK KELAPA PUAN
KALAU TIDAK KELAPA BALI
HARAP-HARAP KEPADA TUAN
TIDAK TUAN SIAPA LAGI

PERGI BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

SAPU TANGAN TEPI BERANDA
PAKAIAN ANAK ORANG BERBANGSA
BIAR SAYA PORAK PERANDA
TUAN YANG BAIK JANGAN BINASA

DI JUAL MARI DI MUKA PINTU
ANAK SIANTAN BERDAGANG TEBU
SAYA MENANTI TUAN LALU
HATI KESAL BERTAMBAH PILU

MEMBELI PAPAN DI TENGAH PEKAN
PAPAN KECIL DIBUAT TANGKAL
MENGAPA UMPAN IKAN TAK MAKAN
ADAKAH KAIL PANJANG SEJENGKAL