Tuesday, June 14, 2011

NUKILAN DARI FB...



Walau apa pun rencah hati kita, samada suka atau duka, senang hati atau sakit hati, biarkanlah ia hanya antara kita. Orang di luar bendera tak sama, semakin sibuk menabur tuba. Orang ramai yang di atas tembok semua ternganga.. tertanya-tanya.. teraba-raba..

Ada wakil rakyat yang heran, "Kenapa lebih pentingkan sokongan dari dalam parti berbanding sokongan dari rakyat".. Kalau sokongan dari dalam parti tak penting...bertandinglah sebagai calun bebas..

Tapi Ada yang terlalu melebihkan sokongan dalam parti sehingga mengabaikan rakyat.. Memang la kalau kite buat calculation, jumlah undi sokongan dalam parti membantu sebahagian besar kemenangan tapi tidak menjamin kemenangan...

Bukan menidakkan kepentingan sokongan dari dalam parti.. Cuma kadang2 budaya dalam parti yang terlalu bertanding2 & berlumba2 mengharapkan balasan (pangkat, wang ringgit, project) sehinggakan semakin melenyapkan amalan berkerjasama, sukarelawan, setiakawan dan kongsep keikhlasan..

Terdapat juga segelintir "seperti kacang lupakan kulit"...dia naik melalui parti, dipilih mewakili parti dalam pilihan raya, untuk jadi wakil rakyat,...

sokongan dari dalam parti adalah terlebih dahulu penting untuk survival seorang pemimpin... mereka yang lupa hakikat ini akan menjadi senarai pendek disingkir (itu pun bukan kuasa ahli)

Kadang-kadang lebih baik jadi ahli pasif yang hanya datang memberi sokongan masa mengundi sahaja dari ahli aktif yang bila tak jadi calon, terus sebotaj calon yang terpilih.

.....

Thursday, June 9, 2011

PANTUN...

padang jarak padang tekukur
sudah menjadi simpanan mahsuri
biar badan jatuh tersungkur
jangan hidung mencecah bumi

Pergi berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi

Emak Leman meracik halia
buat perisa lemak kelah
orang beriman di pandang mulia
hidup sentiasa dilindungi Allah

sapu tangan tepi beranda
pakaian anak orang berbangsa
biar saya porak peranda
tuan yang baik jangan binasa

Friday, January 21, 2011

DILEMA

.
.
kalau perlu - guna
kalau tak perlu - biarkan, biarkan
keutamaan -
gred pertama, gred ke-2, gred ke-3,
tukar yang baru
pakai buang
terajang bongsu
boleh dibeli?
semua boleh dibeli
cuma letakkan harga
tanda harga?
.
.

Wednesday, January 19, 2011

BUKAN PEKAK TAPI TAK DENGAR

"Mendengar tidak mudah

Tidak mendengar bererti tidak belajar

Tidak belajar mendengar bererti kita tidak cukup ajar

Tidak cukup ajar bererti kita tidak terpelajar".



Mendengar bukan sekadar dengan telinga tetapi juga dengan mata dan hati.


Dengan telinga kita dengar -

mendengar lisan, nada suara, kuat perlahan, intonasi dan emosi.


Dengan mata kita melihat -

memerhati memek muka, reaksi, refleksi, gerak tubuh dan bahasa bukan lisan.


Dengan hati kita merasa -

rasai emosi, perasaan, kekuatan penghayatan memahami tersirat, mendalami tersurat dan huraian hasrat.


: Bolehkah kita menjadi seorang pendengar yang mendengar?...



Monday, January 17, 2011

SURAT LAYANG


Ada apa dengan surat layang? Surat layang adalah surat yang tidak diketahui dari mana datangnya dan siapa penulisnya. Maklumat yang terkandung di dalam surat layang ini tidak diketahui samada maklumat sahih ataupun palsu. Walau apapun, tuanpunya surat ini (vendor) merupakan seorang yang tidak berani berhadapan dengan kebenaran secara terang-terangan dan sudah tentunya mempunyai matlamat yang tersendiri.

Kenapa saya bercakap mengenai surat layang yang merupakan satu topik yang tidak menarik. Sudah tentu kerana saya menjadi mangsa surat yang dilayang-layang ini. Apa tujuannya vendor ini saya sendiri pun kurang mengerti kerana surat layang ini yang sangat jahat bukan sahaja menyusahkan saya dan ramai pihak (penerimanya dan juga yang namanya turut serta di dalam surat tersebut) tetapi menyusahkan vendor ini sendiri yang terpaksa membuat banyak salinan dan mengedarkannya secara pos kepada semua orang yang difikirkannya perlu.