Thursday, September 4, 2014

USUL PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TEMERLOH 2014 (AGAMA DAN SOSIAL)

TAJUK USUL     :
HALAL & HARAM BAGI SEGALA ASPEK  KEHIDUPAN MUSLIM 
DI MALAYSIA

PEMBAWA USUL :
PUAN SALMIAH BINTI SHAMSUDIN
KETUA PENERANGAN WANITA UMNO BAHAGIAN TEMERLOH

PENYOKONG USUL       :
PUAN JAMILAH BINTI TALIB
KETUA WANITA UMNO CAWANGAN  BELENGU


Assalamualaikum Warahmatullah
Hi Wabarakatuh

1)          Yg Berusaha Pengerusi Tetap,
Pn Hjh Kamariah Petah

2)          Yg Berusaha Timbalan Pengerusi Tetap,
Pn Rahmah Abdullah

3)          Yg dikasihi mentor sy Ybhg Puan Juhanis bt Abd Aziz
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Temerloh
Serta barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa wanita bhgn tloh

4)          Wakil Perhubungan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Pahang
Yg Berbahagia Dato Siti Hajar bt Mubin
Ketua Wanita UMNO Bhgn Jtut dan rombongan

5)          Wakil UMNO Bahagian Temerloh

6)          Ketua2 Wanita Cawangan dan para Sidang Perwakilan dan pemerhati yg dikasihi dan dirahmati Allah sekelian

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat kita sekali lagi berhimpun di dewan yang penuh barakah ini sempena Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Temerloh bil 11/2014.

Saya SALMIAH SHAMSUDIN, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Temerloh, mewakili Pergerakan Wanita UMNO Bahagian tampil untuk membawa usul Agama dan Sosial yang membawa tajuk –

 HALAL & HARAM BAGI SEGALA ASPEK  KEHIDUPAN MUSLIM  DI  MALAYSIA

Sidang Perwakilan yang saya kasihi,

Menyedari :
Makan makanan haram mendatangkan kemudaratan dan tidak mendapat keredaan Allah SWT, dan memakan makanan yang haram, hidayah Allah SWT sukar diterima.

Mengetahui : Isu halal haram ini tidak terbatas kepada aspek pemakanan sahaja malah ianya sangat luas sehingga  merangkumi produk bukan makanan serta perkhidmatan seperti produk kesihatan, perubatan, kosmetik, dandanan diri, kewangan, perbankan, insuran, pelaburan , pembungkusan  serta pelancongan.

Memahami : Dengan pengambilan perkara-perkara yang haram dan syubhah ini, ianya akan memberi kesan yang cukup negatif kepada sahsiah muslim terutama kepada anak-anak  kita seperti :-

1.     Hilang rasa sensitif kepada perkara  yang baik dan asyik memberontak

2.     Bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri

3.     Hati menjadi gelap dan susah untuk menerima kebenaran

4. Kepintaran dan kelebihan yang dianugerahkan digunakan untuk melakukan kejahatan

5.     Doa tidak diterima Allah SWT

6.     Masyarakat akan menjadi hura hara dan porak peranda

7.     Selalu bekeinginan melakukan maksiat dan kejahatan.

Menginsafi  : Memakan Makanan halal memudahkan menerima dan menghafaz pelajaran, doa dimakbulkan Allah SWT, khusyuk dalam beribadah, sihat tubuh badan dan akal, mendapat rahmat dan keredhaan Allah serta memperoleh hidayah dariNya.

Maka : Mesyuarat Pewakilan Wanita UMNO Bahagian Temerloh yang bersidang pada hari ini 23 Ogos 2014 ini

1.     Mendesak kerajaan Malaysia supaya menyelaras semula semua agensi-agensi yang terlibat seperti KPDNKK, JAKIM, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kimia dan Jabatan Agama Islam Negeri di dalam menangani permasalahan halal  haram dengan cepat dan sistematik.

2.     Mendesak kerajaan supaya merangka satu dasar dan mencari satu mekanisme yang bersifat komprehensif dalam memastikan pematuhan syariah di setiap sektor.

3.     Mendesak kerajaan menubuhkan jawatankuasa panel patuh syariah bagi produk-produk kesihatan dan kosmetik untuk memastikan segala ramuan dan cara penyediaannya halal dan tidak memudaratkan pengguna dan tidak hanya bergantung kepada JAKIM semata-mata.

4. Menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap setiap bank  yang memperkenalkan produk Islamik tetapi tidak mendapat kelulusan daripada jawatankuasa patuh syariah.

5.     Mengesa penambahbaikan kepada undang-undang yang mengawal logo dan sijil halal yang sedia ada bagi memperkemaskan penguatkuasaan penggunaan logo dan sijil halal  bagi setiap jenis produk dipasaran.

6.     Menyarankan supaya kuasa secara terus diberi kepada pihak agensi kerajaan pusat seperti JAKIM yang merupakan badan yang mengendalikan persoalan persijilan halal yang mana setakat ini penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan  di kendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK).

7. Mencadangkan digubal satu akta yang spesifik iaitu Akta Halal  dan penguatkuasaan pensijilan halal yang selama ini terletak di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Sejak tahun 2010 diusahakan tetapi masih belum dilaksanakan lagi.

8.  Mencadangkan agar orang Islam hanya membeli barangan keluaran muslim sahaja sebagai tanda sokongan muslim ke atas muslim yang lain sebagaimana pihak Zionis menentang habis-habisan barangan keluaran muslim. Maka pada hari ini, saya menyeru semua agar umat Islam berubah sikap dan menyedari betapa pentingnya status halal haram serta kekuatan dan kekukuhan ekonomi Islam.

9. Mencadangkan supaya setiap syarikat pemegang sijil halal hendaklah bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa dalaman sendiri yang terdiri daripada Eksekutif Syariah untuk memastikan produk mereka sentiasa halal dan tidak hanya bergantung kepada JAKIM semata-mata. JAKIM hendaklah bertindak tegas mana-mana syarikat yang menipu, menciplak logo HALAL untuk tujuan mengelirukan umat Islam, bersekongkol dengan zionis serta mengaut keuntungan semata-mata.

10. Menperhebatkan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu mana-mana peniaga yang menjual makanan dan produk yang telah disahkan haram oleh JAKIM akan didenda maksimun RM1 juta ringgit.

Sidang Perwakilan yang saya kasihi dan di rahmati Allah,

Di dalam hal ini, apabila kita bercakap mengenai makan halal haram, sudah semestinya wanitalah yang memainkan peranan yang penting di dalam menentukan produk-produk yang syubhah dan haram ini tidak masuk ke dalam tubuh badan ahli keluarga kita terutamanya anak-anak yang akan membentuk generasi pelapis akan datang.

Kita digegarkan dengan isu 

1-pertembungan diantara KKM dengan JAKIM, Starbuck, yang telah lama diperkatakan kopinya, 

2-kandungan gelatine babi di dalam coklat Cadbury, 

3-Penyembelihan ayam, yang diragui penyembelihannya e.g. yang leher ayam ditebuk yg mana ayam2 ini dijual dengan jumlah yang besar dipasaraya utama antaranya di Giant, 

4-Produk dalam tin yang diragui logo halalnya terutama dari China dan Thailand seperti cendawan butang, buah laici, asparagus, 

5-Kilang memproses makanan yang terdapat di Malaysia seperti kilang memproses mee hoon (cap masjid sbg contoh), tauhu, kicap dan juga mee kuning dan

-         6-Kandungan merkuri, uri dalam alat make-up kosmetik wanita.

Kekusutan halal haram status makanan ini perlulah ditangani dengan kadar segera dan dengan menggunakan satu kaedah yang memudahkan semua pengguna mendapat informasi segera akan status tersebut.

Dalam pada itu sy juga ingin menyeru agar kita Memboikot barangan keluaran Zionis, barangan dari Isreal iaitu Tesco, Starbuck, McDonald, Coca-cola, Hewlett Packard, Motorola, Danone, Nestle dan beralih kepada produk serta membeli barangan muslim dan bumiputra untuk membantu menjana ekonomi seperti bertukar minyak masak daripada knife, buruh, naturel, daisy, seri murni, Neptune, vesoy, vesawit, vecorn kepada Minyak masak baiduri, alif, tiara, saji dan adela.

Beralih kepada Altel Comm  Penyedia rangkaian telekomunikasi terbaharu 4G, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel)

SEDIKIT MAKLUMAT tentang Altel :

1.Altel milik melayu milik Syed Mokhtar Bukhary

2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampong

3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz

Sekiranya bukan kita yang berpadu tenaga, bersatu padu, bermuafakat, maka kesukaran untuk menembusi serta bersaing dengan pasaran bukan Islam bukan lagi menjadi halangan.


Sebagai PENUTUP, Saya akhiri ucapan saya dengan Gurindam Pesan-Berpesan:

Kepada Allah 
sentiasa bermunajat,
agar urusan mendapat berkat.

Kepada Rasulullah 
perbanyakkan selawat,
agar mendapat syafaat di akhirat.

Kepada pemimpin 
setia dan taat,
agar parti kukuh dan kuat.

Kepada cendekiawan 
kasih dan hormat,
agar ilmu mendatangkan manfaat.

Kepada jelata 
pemimpin berkhidmat,
agar amanah memenuhi mandat.

Kepada perwakilan 
marilah kita beringat,
agar sentiasa menjadi obor rakyat.

Sekian. 


Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Wanita UMNO mohon mencadang.