Friday, December 9, 2016

KHASIAT ASAM KEPING @ ASAM GELUGUR

 
Kegunaan Dan Khasiat Asam keping @ Asam Gelugur :

1. Mengecutkan Rahim & Menurunkan Berat Badan
 
Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah dan serata dunia dan dikenali sebagai Nama Botaninya Garcinia Cambogia..

PETUA 1  

a). Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam
     segelas air panas..
b). Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air  
     menjadi suam.
c).  Minum setiap pagi dan malam.
d). Jika di amalkan selalu In sha Allah perut buncit akan mengempis

PETUA 2  
 
a). Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih,
b). Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml-    
     1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam keping baru.

2. Mengubati Masalah Penghadaman
 
Amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) bagi ianya digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

3. Merawat Masalah Perut
 
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.

4. Menurunkan Tekanan Darah
 
Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

5. Merawat Sakit Telinga
 
Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

6. Melegakan Sakit Gusi

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.