Sunday, December 27, 2009

pantun 8 kerat

.
.
Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kandis,
Diselang dengan asam paya,
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.
.
.

MY THOUGHT -

.
.

Kebahagiaan seseorang akan semakin bertambah,
berkembang
dan mengakar
apabila ia mampu mengabaikan
semua perkara yg remeh
dan tidak berguna..


- susahnya mencari bahagia .....

Sunday, August 23, 2009

RAMADHAN

Ramadhan dinanti penuh kerinduan
Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban,
Ramadhan dihitung saban hari.

Bulan rindu itu hadir juga.

Kau bulan kerinduan,
penyiram jiwa gersang,
membersih dosa bersarang.

Apabila ...
malam pertamamu menjengah,
bertiup al-mutsiiratu dari Asry,
menggerakkan pohon-pohon syurga,
terdengar sayup-sayup merdu suara,
tak pernah terdengar oleh telinga,
berbisik sang bidadari,
kahwinkan lah aku,
dengan hambamu yang berpuasa.

Ramadhanku,..
tawaran demi tawaran kau sajikan,
buat perindumu yang beriman,
membentang samudera keampunan,
bernaung kasih tiada ketepian.

Ramadhanku,..
hadirmu penuh keberkatan,
sarat rahsia keindahan,
melimpah nur kebaikan,
memancar rahsia Al-Rahman.

Ramadhanku,..
kau bagaikan pesta ibadah,
mengajar nafsuku bermujahadah,
tiap saat mu terkandung hikmah,
memekar kuntuman hidayah.

Ramadhanku,..
setahun ku merindu,
kau kini kumiliki,
hari-hari mu pantas berlalu,
kuatkan aku Ya Rahman,
Mengaut segala ganjaran,
berpisah dengan keredhaan.

Ya.. Ramadhanku..

Wednesday, August 5, 2009

...
As I look into your eyes,
I see all the reasons why my life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've knownAnd the purest one I'll own
You know you'll never be alone

You
Are the reason I could fly
And because of you I don't have to wonder why
You
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive

Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will sooth you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all

cherm 05/08/09

Thursday, July 23, 2009

ORANG KATA.. ATUK KATA.. AKU RASA..


....


ORANG KATA....
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.....
betul jugak tu..
ORANG KATA...
exam tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..
past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA...
exam tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk di ikut,
kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA...
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!
ATUK KATA...
setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA...
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat,
baru hati puas
ATUK KATA...
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA...
betul jugak tu..
ORANG KATA...
successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York , Tokyo ....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA...
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA... err..
betul jugak tu..
So.......
.
.
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.
Betul jugak tu…
Apa kata kita mula sekarang!

....







Friday, June 26, 2009

Dan Sebenarnya dari YUNA

.
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila, air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila, kau bersama yg lain
.
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
.

ku enggan berpura pura ku bahagia
ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain
.
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
.
pabila
kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
.
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku.
.
-cherm..

Thursday, June 25, 2009

9 WORDS WOMEN USE



(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.
.

(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.
.


(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.
.


(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!
.


(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)
.


(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.
.


(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome'. that will bring on a 'whatever').
.


(8) Whatever: Is a woman's way of saying F--- YOU!
.


(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.
.

.

.

-CHER-


.


.


.

Tuesday, June 16, 2009

MY THOUGHT - LIFE



Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right. Forget about the one's who don't. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.

Friends are like balloons; once you let them go, you might not get them back. Sometimes we get so busy with our own lives and problems that we may not even notice that we've let them fly away. Sometimes we are so caught up in who's right and who's wrong that we forget what's right and wrong. Sometimes we just don't realize what REAL FRIENDSHIP MEANS until it is too late.

Do something (anything). If you don't do anything, you won't get anywhere. Make it your hobby, not a chore, but above all have fun!"
Don't be in too much of a hurry. You're setting off on a long journey and there'll be delays and frustrations along the way. Sometimes you'll be in the fast lane and other times you'll be stuck in traffic, but there will also be lots of interesting things and interesting people along the way. Take your time to really enjoy the experience.

Monday, May 18, 2009






~~ Beauty of a Woman ~~


The beauty of a woman is not in the clothes she wears,
the figure she carries,
or the way she combs her hair.

The beauty of a woman must be seen from her eyes,
because that is the doorway to her heart,
the place where love resides.

The beauty of a woman is not in a facial mole,
but true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
the passion that she shows.

The beauty of a woman
with time,
only grows..

.. cher .. 18/05/09

Tuesday, May 12, 2009

JKPP KEMAS PAHANG


MESYUARAT JKPP 3/2009
23 – 25 APRIL 2009
KELONG ACHEH, KUALA ROMPIN

23 APRIL 2009 (KHAMIS)
9.00 pg – Berkumpul di Jeti Kg Penyabung Endau, Rompin untuk menaiki bot nelayan ke Kelong Acheh, berhampiran dengan Pulau Aceh, Rompin.

12.30 t/hri – Tak pernah lagi ke Kelong. Ini rupanya kelong. Memang syurga bagi yang minat memancing, macam Ahmad Syami (Anak PKD Bentong) ....
Lunch atas Kelong ni, yang tak lapar, jadi lapar, apatah lagi yang memang lapar... Kak Yati makan nasi dengan lada kicap jugak...

2.30 ptg – Alhamdulillah, mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, walaupun kaki2 pancing ni agaknya susah nak fokus...

5.30 ptg – Aktiviti luar. Dah memang berada di luar,.. Kaki pancing sibuk memancing.. Cantik la kain tudung kak ekin ni... saya nak la... Nak betul betul... Puan Dahlia sibuk buat tawaf keliling kelong ni... tah apa jampinya , tak ada yang dapat ikan. Cuma yang saya pelik, norman boleh berenang di bawah kelong ni... tunjuk skill ke apa??

7.15 mlm – solat hajat dan bacaan yassin.

9.00 mlm – Boss ke yang bakar jagung ni?.. Sampai tak cukup jagung ni bos.. Kesian org yang penat2 exercise, tak dan nk makan jagung bakar...


Wednesday, May 6, 2009

MY THOUGHT - QUANTIFY SUCCESS


I'M SURE FOR MANY OF YOU THE DAY WHEN YOU'LL SAY "YES, I'VE DONE IT!. NO MORE ACHIEVEMENTS FOR ME" WILL NEVER COME.


IT'S LIKE MONEY, NEVER ENOUGH, CRAVE FOR MORE. BECAUSE, HOW DO YOU QUANTIFY SUCCESS?


SUCCESS IS WHAT YOU MAKE OUT OF IT. WHAT'S IMPORTANT IS HOW YOU VIEW IT. IF YOUR IDEA OF SUCCESS IS DIFFERENT FROM OTHERS, DON'T WORRY, LET IT BE..


AFTER ALL, THE ONLY PERSON TO PROVE IT TO IS YOU. BESIDES, THAT IDEA COULD CHANGE AS YOUR LIFE REACHES DIFFERENT LEVEL.


AS LONG AS IT PUTS A SMILE ON YOUR FACE AND SATISFACTION TO YOUR HEART WHEN YOU THINK OF HOW YOU'VE GROWN AND HOW MUCH YOU'VE ACHIEVED, THAT'S WHAT I CALL A SUCCESS STORY.


...CHER..

Monday, May 4, 2009

SEHARI SATU CATATAN








-21HB APRIL, 2009 -
HARI POTENSI TABIKA KEMAS PARLIMEN TEMERLOH, DI IKBN LANCHANG
ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA TELAH BERJAYA MENGADAKAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PARLIMEN TEMERLOH PADA 21 APRIL, 2009 YANG LALU.

DI KESEMPATAN INI SAYA BAGI PIHAK KEMAS TEMERLOH INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YB. DATO SAIFUDDIN ABDULLAH, TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MERANGKAP AHLI PARLIMEN TEMERLOH YANG DAPAT BERSAMA DAN MERASMIKAN PENUTUP HARI POTENSI INI.

SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK IKBN, TEMERLOH KERANA MEMBERI KEIZINAN KEPADA KEMAS TEMERLOH UNTUK MENGADAKAN HARI POTENSI INI DAN SAYA JUGA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENGARAH IKBN DAN KAKITANGAN KERANA MEMBERIKAN KERJASAMA UNTUK MENJADIKAN MAJLIS INI SEBEGINI BAIK.

PADA HARI POTENSI 2009 KALI INI, ADA 6 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN UNTUK MENCUNGKIL POTENSI DIRI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS. ACARANYA YANG MERUPAKAN ACARA PADANG IAITU:

FUTSAL (JOHAN – DUN K SEMANTAN)
BOLA JARING (JOHAN – DUN K SEMANTAN)
GERAK RAMA (JOHAN – DUN LANCHANG)
SILAT (JOHAN – DUN K SEMANTAN)
GALAH PANJANG (JOHAN – DUN K SEMANTAN)
ROUNDERS (JOHAN – DUN K SEMANTAN)

SEMUA ACARA ACARA INI TELAH BERLANGSUNG DENGAN SUASANA PENUH MERIAH SEMENJAK DARI AWAL PAGI. SELAIN DARI DI DEWAN IKBN, PERTANDINGAN INI JUGA DI ADAKAN GELANGGANG FUTSAL DAN STADIUM.

PADA HARI POTENSI KALI INI KITA TELAH MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN DARI ANAK-ANAK KITA DALAM MENYERLAHKAN POTENSI DIRI MEREKA. SAYA PERCAYA, GURU GURU TABIKA KEMAS TELAH BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENJAYAKAN HARI POTENSI TABIKA KEMAS. MEREKA BUKAN SAHAJA MEMASTIKAN ANAK-ANAK DAPAT MEMBERIKAN PERSEMBAHAN YANG TERBAIK MALAHAN BERJAYA MENYUSUN ATUR DAN MEMBUAT PERSIAPAN SEBEGINI BAIK UNTUK MEMASTIKAN HARI POTENSI INI BERJALAN DENGAN LANCAR.

TIDAK LUPA HASIL SERTA USAHA YANG DIJALANKAN OLEH PENGERUSI DAN J/KUASA TABIKA AMATLAH DIHARGAI. SAYA SENDIRI MENGHARAPKAN MEREKA AKAN TERUS BERSAMA KEMAS MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI AJEN PERUBAHAN KEPADA MASYARAKAT DAN PENCETUS INSPIRASI DALAM MEMAJUKAN SESEBUAH TABIKA KEMAS.

SAYA KIRA IBUBAPA, PENJAGA SERTA SEMUA YANG TERLIBAT JUGA PERLU DIBERI PERNGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN ANAK-ANAK KITA INI.

SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN SYABAS KEPADA JAWATANKUASA KERJA YANG TERDIRI DARI ANGGOTA KEMAS PARLIMEN TEMERLOH YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN MAJLIS PADA HARI INI.

Tahniah dan syabas.....

Employees of a Company are all worried. Some are roaming around. Some are in loud discussions during office time.....

Some Trainees, who had just joined, notice this and enquire about what happened to a senior employee, they ask, "What's going on?"

"Terrorists have kidnapped our Boss..!!
They're asking for RM.10 Million ransom, otherwise they're going to douse him with petrol and set him on fire.
We're going from desk to desk, taking up a collection."

One Trainee asks, "How much is everyone giving, on average??”
.
.
.
.” about 1 litre……”

- The Boss..... can't complaint... -



Friday, May 1, 2009

INFO - baby carrot

Baby Carrots you buy in the Supermarkets – Good to Know

>The following is information from a farmer who grows and packages Carrots for IGA, METRO, LOBLAWS, etc.

>The small cocktail (baby) carrots you buy in small plastic bags are made using the larger crooked or deformed carrots which are put through a machine which cuts and shapes them into cocktail carrots. Most people probably know this already.

>What you may not know and should know is the following:
> once the carrots are cut and shaped into cocktail carrots they are dipped in a solution of water and chlorine in order to preserve them (this is the same chlorine used your pool) since they do not have their skin or natural protective covering, they give them a higher dose of chlorine.

>You will notice that once you keep these carrots in your refrigerator for a few days, a white covering will form on the carrots, this is the chlorine which resurfaces. At what cost do we put our health at risk to have esthetically pleasing vegetables which are practically plastic?

>We do hope that this information can be passed on to as many people as possible in the hopes of informing them where these carrots come from and how they are processed. Chlorine is a very well known carcinogen.

...... Please let us make this information available to as many people as possible. TQ
.. cher..

INFO - MINYAK PELINCIR MINYAK SAWIT??

SEREMBAN,(Bernama) --
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda? Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya."Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya. Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya. Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk. Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya. Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya. Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara. Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya. Malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka. "Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya. Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm
The300Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama
- Yang berminat, cubalah layari laman di atas... Saya, sebab kurang pengetahuan tentang kereta, engin dan yang berkaitan, hanya boleh membaca dan menyebarkannya tanpa berani membuat keputusan...

Thursday, April 30, 2009

SEHARI SATU CATATAN - BERITA AKHBAR

24 Julai, 2008

Membaca akhbar Utusan Malaysia pagi ni, saya teringat Buletin Utama TV3. Kisah seorang bapa yang suntuk akalnya mengambil nyawanya sendiri dan juga nyawa anak-anaknya yang masih kecil seusia empat dan satu tahun.

Sambil membaca kisah tersebut di Utusan Malaysia, saya berbincang dengan PM Khas di pejabat akan kurangnya lelaki melayu yang berkualiti pada masa kini. Cuma disebabkan kekecewaan alam rumahtangganya, tindakan nekad telah diambil. Kami percaya, tujuannya tidak lain adalah untuk membuat isterinya (ataupun bekas isteri, kerana mereka dalam proses penceraian?) menyesal akan keputusan untuk berpisah dengan beliau.

Kalau wanita, seorang perempuan dan juga ibu, akan ditinggal suami, saya kira mereka akan berdepan dengan berbagai masalah terutamanya mengenai sara hidup untuk membesarkan anak. Rata-rata penceraian, anak-anak adalah di bawah tanggungjawab ibu dan tanggungan bapa. Namun, seperti yang saya katakan tadi, disebabkan lelaki melayu semakin kurang kualitinya, merasakan, dengan tidak memberi nafkah adalah cara yang terbaik untuk mengajar si isteri.

Jadi, saya kira, mengapa ataupun apalah yang digusarkan sangat dengan status seorang duda, tanpa dibebani dengan tanggungjawab dan tanggungan terhadap anak perlu merasa begitu menderita sehingga mengambil keputusan untuk mengambil nyawa sendiri dan juga anak-anak. Nauzubillah. Kita sudah berada di akhir zaman.

SEHARI SATU CATATAN - PERTANDINGAN 3K '2008


17 Julai, 2008

Seawal pukul 8.30 pagi, saya bersama dengan PPS Temerloh (Lela) dan PPS Kuala Krau (Kak Han) menjadi Panel Hakim Pertandingan 3K peringkat Parlimen Kuala Krau.

Hari ini kami menghabiskan lawatan ke 8 buah TBK KEMAS di DUN Kerdau dan Jengka. Memang memenatkan tapi kekenyangan. Di setiap kelas, kami di jamu dengan bermacam-macam juadah. Niat untuk mengawal makan, tiba-tiba hilang dari ingatan.

Berbanding dengan TBK di DUN lain, DUN Jengka TBKnya lebih menonjol. Pemaju-pemaju Masyarakat Jengka lebih bersedia menghadapi pertandingan 3K ini dengan persiapan rapi di kelas-kelas mereka. Saya senang sekali dengan sambutan yang saya terima dari satu TBK ke TBK yang lain. Kerjasama dari AJK TBK juga amat memuaskan.

Walaupun kebanyakan TBK KEMAS di DUN Jengka masih lagi menggunakan bangunan lama, namun, persekitaran dan keadaan kelasnya sangat memuaskan. Saya harap ini bukan sahaja semata-mata persediaan bagi menghadapi pertandingan 3K tetapi merupakan keadaan sebenar di TBK.

Saya juga sangat berbesar hari dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi & AJK TBK yang sentiasa memberi kerjasama kepada kami.

Saya percaya, sekiranya TBK KEMAS melaksanakan dan menggerakkan TBK sebagaimana garis panduan yang ditetapkan, dan mendapat kerjasama yang erat dari kalangan AJK, TBK KEMAS pasti dapat menzahirkan anak-anak muridnya dengan cemerlang.

Sekian.


Monday, April 27, 2009

SEHARI SATU CATATAN - PENGUCAPAN AWAM

31 Januari, 2008


Berada di Institut Latihan KEMAS, Kuantan menghadiri Bengkel Isu-isu semasa dan pengucapan awam semenjak semalam. Bengkel yang dijadualkan berakhir esok pesertanya terdiri dari Pegawai-pegawai dan Penyelia-penyelia KEMAS Negeri Pahang.

Setakat ini, dalam pengamatan, mendapati masih ramai dikalangan peserta kursus ini masih lagi gugup apabila dikehendaki bercakap di khalayak ramai. Saya teringat, dapatan saya dari bacaan-bacaan saya, melalui satu tinjauan umum, ketakutan yang paling besar dalam diri manusia ialah ketakutan bercakap di khalayak ramai iaitu sebanyak 41% selain dari ketakutan pada air yang dalam sebanyak 13%.

Pengalaman saya, pengucapan awam ini memerlukan tenaga yang banyak disamping memerlukan kita sentiasa berada di dalam keadaan bertenang. Walaupun telah menghadiri beberapa kursus pengucapan awam, juga setelah kerap berucap dikhalayak ramai, itupun kerana tugas yang perlu dilaksanakan, perasaan gementar itu sentiasa ada, perasaan berdebar susah nak dihapuskan.

Pihak pentadbiran dan pengurusan perlu memikirkan cara yang lebih efektif untuk menambahbaik jentera KEMAS ini.