Monday, April 27, 2009

SEHARI SATU CATATAN - PENGUCAPAN AWAM

31 Januari, 2008


Berada di Institut Latihan KEMAS, Kuantan menghadiri Bengkel Isu-isu semasa dan pengucapan awam semenjak semalam. Bengkel yang dijadualkan berakhir esok pesertanya terdiri dari Pegawai-pegawai dan Penyelia-penyelia KEMAS Negeri Pahang.

Setakat ini, dalam pengamatan, mendapati masih ramai dikalangan peserta kursus ini masih lagi gugup apabila dikehendaki bercakap di khalayak ramai. Saya teringat, dapatan saya dari bacaan-bacaan saya, melalui satu tinjauan umum, ketakutan yang paling besar dalam diri manusia ialah ketakutan bercakap di khalayak ramai iaitu sebanyak 41% selain dari ketakutan pada air yang dalam sebanyak 13%.

Pengalaman saya, pengucapan awam ini memerlukan tenaga yang banyak disamping memerlukan kita sentiasa berada di dalam keadaan bertenang. Walaupun telah menghadiri beberapa kursus pengucapan awam, juga setelah kerap berucap dikhalayak ramai, itupun kerana tugas yang perlu dilaksanakan, perasaan gementar itu sentiasa ada, perasaan berdebar susah nak dihapuskan.

Pihak pentadbiran dan pengurusan perlu memikirkan cara yang lebih efektif untuk menambahbaik jentera KEMAS ini.

2 comments:

  1. Perasaan gementar dan berdebar ketika berucap di hadapan khalayak ramai sebenarnya memang lumrah manusia normal. Pernah ketika saya menghadiri kursus public speaking, penceramah mengatakan orang yang langsung tidak mempunyai perasaan berdebar, gugup, malu dan yang sewaktu dengannya hanyalah orang gila sahaja. Tah la samada ianya betul atau tidak.

    Perasaan gugup memang tidak boleh hilang 100% tetapi dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pengalaman benar, pernh saya menghadiri perasmian penubuhan sebuah persatuan belia yang dihadiri seorang exco kerajaan negeri, ketua belia yang baru dipilih jatuh ketika berucap disebabkan oleh kegugupan.

    Kegugupan dan debar yang keterlaluan membuatkan jantung bergerak dengan kuat dan boleh menyebabkan seseorang itu jatuh pengsan disebabkan kegagalan jantung membekalkan oksigen secukupnya.

    Saya juga tidak terkecuali daripada mengalami situasi tersebut (gugup) ketika berucap di hadapan public tetapi pada tahap yang boleh dikawal dan ianya menjadi semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

    KEMAS memang banyak mengajar saya bagaimana untuk berhadapan dengan orang ramai, bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Secara tidak langsung ianya dapat membantu diri saya menghilangkan rasa gugup dan berdebar.

    Tapi timbul pulak satu masalah baru, berhadapan dengan orang ramai saya tak berdebar tapi bila berhadapan dengan seseorang semakin menjadi-jadi pulak debarnya. Bos, bagi tip sket....he..he..he...xde la bos, saje je, dah xder idea.

    Sebelum saya melalut lebih jauh, jemputlah jenguk blog saya di http://chelah63.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam,

    lawak la che lah ni....

    Terima kasih kerana menjadi yang pertama...

    ReplyDelete