Monday, February 10, 2014

SEHARI SATU CATATAN - DENGKI



10/02/2014

Perasaan sakit hati, gundah gulana, kecewa, memang menyesakkan dada. Apabila mendapat tahu betapa mudahnya diperbodohkan, kepada siapa lagi nak mengadu selain dari Allah SWT.

Rupanya, dalam dunia ni, tidak ada sesiapa pun yang boleh dipercayai secara total waima keluarga sendiri, kawan rapat, rakan seperjuangan, rakan sekerja. Apatah lagi rakan FB (ahaks!).

Malanglah saya apabila menjadi begitu dangkal, naïf terhadap apa yang berlaku kerana selama ini menyangka ianya berpunca dari status quo, kebendaan, kemewahan yang menyebabkan manusia berubah secara drastic sehingga hilangnya sifat setiakawan. Ianya sebenarnya lebih buruk dari itu.

DENGKI. Satu perkataan yang sangat mudah. Dengki, irihati, cemburu rupa-rupanya . itu saja kesimpulannya....... dimana turning pointnya sungguh mengelirukan.

Sekiranya manusia ni berubah tanpa sebab adalah satu perkara yang mustahil dan apabila menjadi mustahil, sebabnya adalah dengki semata-mata. Klau bukan dengki apa lagi? Jika dah ada segala-galanya, apa yang nak direbutkan.... dan bukan nak sangat pun.... bukan ke itu menjadi perkara yang akhirnya menjadi sesuatu yang melucukan ...

Tak apa, Allah Maha Mengetahui. Bumi ini bulat. Ada masa kita di atas pasti ada masa kita di bawah pula. Sekiranya memang itu hak saya, ia akan kembali kepada saya dan telah menjadi ketentuan Allah. Perlu ingat, balasan Allah itu maha hebat.


Wednesday, February 5, 2014

DOA PENENANG HATI

Ya Allah… 
gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan ini dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan ini dgn keamanan


Ya Allah, 

sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..


Ya Allah..
buatlah mata yg tidak mahu lelap 
dengan merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya dgn kejayan yg sudah hampir


Ya Allah… 

halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU kpd hidayah MU


Ya Allah… 

lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU dlm keadaan terhina…

 
Ya Allah,

lenyapkanlah dukacita ku, 
hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. 
dan halaulah keresahan dari jiwaku…
 
Ya Rabb…Ya Tuhanku… 
Daku berlindung kpd-MU dari rasa takut, 
Aku bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Aku tidak meminta pertolongan melainkan kpd-MU


Engkaulah Pemelihara ku….
sebaik2 Pelindung dan Penolong…

Amiin YA ALLAH..

Makbulkan lah