27/05/2014
Bahagia ada disekeliling
kita. Kenapa dicemburui kebahagian orang lain. Dalam menghadapi hari-hari
mendatang semangat semakin pulih. Kemahuan dan kehendak semakin mengecil
skopnya. Mungkin saya semakin sedar dengan keperluan mendatang. Lebih
memikirkan dan mengutamakan yang lebih utama.
Saya merasakan semakin
tenang walaupun gelora kadangkala melanda jua. Terima kasih K kerana mengetuk
kepala yang suka memikirkan yang bukan-bukan dan memikirkan apa yang tak perlu
difikirkan. Betul, keputusan telah diambil dan tindakan telah dibuat. Tidak
boleh berpatah balik.

Terima kasih Ya Allah
kerana atas ehsanMu
memudahkan dugaan dalam perjalanan ku
ini dan aku sangat bersyukur kerana masih
dilandasanMu. Dan Ya Allah, Ya Rabbi
kekalkan aku dijalanMu... Amin..
No comments:
Post a Comment